* GOOGLE+ FANS *

* FANS *

Thursday, September 11, 2014

~~ LIEBSTER AWARD ~~

Selamat pagi kawan2.... Hari nie kan ingatkan nak citer lah sikit pasal pregnancy2 aku n kelahiran kesemua anak2. Tapi tu kita KIV dulu lah yer sbb, pagi nie bila aku check Google+, ader akak nie yg dah nominate aku utk "Liebster Award".. Chewaaahhhh...!!! Dah mcm artis popular gituuuu..... (tgn kat bahu, mata kat atas). First time nie ader org nak nominate tau. Hehehehe. Tima kasih yer kak Norma  utk nomination tu. Nanti saya sambungkan nominate tu kat org lain pulak yer. 


Ok, based on the info dari kak Norma kita nie kan, ader terms and conditions nyer utk sertai award nie.

1. Mention the person who nominate you with a link to their blog.
2. Answer 11 question asked.
3. Nominate another 11 bloggers with a small following but with a lot of potential.
4. Create 11 of your own questions for them to answer.
5. Notify you nominate.

~~~~~~~~~

1. Mention the person who nominate you with a link to their blog:-

 1. Kak Norma yang introkan aku dgn benda Liebster Award nie.


2. Answer 11 question asked:-

1:Siapa yang paling rapat, dah tentu Mr. Hubby lah. Saper lagi yg den ado kat sini.
2: Wahh RM1juta yer, byk benda yg nak buat tapi first skali bayar zakat dulu, lepas tu nak jadi invinsible penderma kat rumah anak2 yatim(mmg dah ader niat dari dulu), bukakkan savings tuk anak2, gi umrah/haji, nak bayar abis umah n kete (so takder hutang2 lagi).
3: Selain dari silence, baca Al-Quran sorang2 yg boleh beri saya ketenangan.
4: Walaupun saya dikenali seorg yg garang dikalangan keluarga, tapi bila bab tgk org susah baik peminta sedekah ke org cacat ke, saya mudah tersentuh. Walaupun dlm kocek cuma ader RM1, saya tetap akan bagi kat dia.
5: Anything yg menyedihkan atau yg menggembirakan sgt2 boleh buat saya tersentuh. Mcm Mr. Hubby pernah ckp "U nie cicak mati pon u nangis."
6: Saya teringin sgt nak gi Mekah dan Baitulmuqaddis. Kalau dpt free, tu 2 tempat yg saya nak pegi sgt2.
7: Hari Minggu hari keluarga. So biasanyer kami sekeluarga akan kluar. Sama ada gi window shopping or jln2 amik angin (Putrajaya).
8: Yup, saya dah berkeluarga dah.... 
9: Hahh soalan cepumas nie. Saya sebenarnyer berasal dari Singapura. Bermaustatin di KL sbb ikot Mr. Hubby. 
10: Saya masih mempunyai ibu dan bapa (di Singapura).
11. Bila bab buku nie, sama ada saya baca novel2 tempatan atau kalau buku international, saya suka buku dari Sophie Kinsella. 


3.Nominate another 11 bloggers with a small following but with a lot of potential:-

Jom kawan2 kita nominate2, mana lah tau kot2 ader cabutan bertuah ke kan.... Tuah org saper yg tahu.



4. Create 11 of your own questions for them to answer:-

Ok, 11 questions utk yang saya tag nie, (suma soalan senang2 k)
(a) Apakah satu benda yang tak boleh anda tinggalkan untuk sehari.
(b) Apakah makanan kegemaran anda?
(c) Dalam sehari, baper kali anda pakai h/p?
(d) Kalau anda stranded kat island sorang2 dan diberi 1 wish utk anda sendiri, apa yang anda minta?
(e) Warna kegemaran anda?
(f) Anda terjumpa time capsul, adakah anda opt utk future atau the past?
(g) Byk2 artis perempuan dlm Malaysia nie, saper yg anda minat?
(h) Kalau anda diberi option utk berkahwin dgn artis lelaki malaysia, siapa yg anda pilih?
(i) Namakan satu ciri lelaki idaman.
(j) Antara buah strawberry dan betik, mana satu pilihan anda?
(k) Rumah idaman anda?


5. Notify you nominate:-

Nie pon dah. Ader yg di notify thru fb, comments dan juga chatbox. Hopefully drg baca lah yer. Hehehehe. K lah, aku pon nak angkat jemuran kat luar tu sbb cuaca pon mcm dah mendung2 gitu kan. Kang tiba2 disimbah air, mau kelam kabut dibuatnyer nak angkat jemuran. 

Salam sayang buat semua dari Mommy Shidah

xoxo <3<3<3







0 comments: