Kelab Blogger Ben Ashaari

* FANS *

Tuesday, April 2, 2013

~~ DUGAAN DEMI DUGAAN ~~



Setelah sepi fr awhile nie, akhirnyer hari nie baru lah ader chance to update sikit2 blog aku yg dah penuh dgn spiderweb nie. Fr the past 1mth plus, its been a little chaos and also terkejar sana terkejar sini. Masa 24jam tu kalau boleh di extend, mmg aku nak ajer extendkan. Tapi alhamdulillah, semua nyer kini telah selesai.

Last Wednesday, arwah bapa mertua ku telah kembali ke rahmatullah. Yup, the one yg sekejap kat umah aku, sekejap kat umah sil aku. For 43 days dia kat spital sebelom dia hembuskan nafasnyer yg terakhir. Dari Hospital Jempol dan Hospital Kuala Pilah dia berulang alik. Dari mula nyer kerana merasa dirinyer seperti sesak nafas, dia dimasukkan ke Hospital Jempol sbb masa tu mmg dia dah duduk umah sil kat Serting. Segala medical check-up nyer memang kat sana sbb since sil tak bekerja dan juga spital tu dekat ngan umah sil. Duduk umah aku jauh jgk kalau nak ke Hospital Serdang. 

Anyway, masa dah kene warded tu, doc memang tahan dia dlm ward satunyer kerana sesak nafas dan juga diabetes nyer yg tersangat tinggi. Kita sebagai anak nie memang lah nak yg terbaik buat dia. Mkn kita sekat ikot yg sepatot nyer tapi tu lah, arwah abah ada seorg yg pemakan masa tu. Walaupun terpaksa menggunakan insulin utk kawan diabetesnyer, dia tetap tak nak pantang. Pada mula nyer dia dimasukkan ke Hospital Jempol, dia masih boleh bercakap, bergurau, seperti hari2 biasa nyer sehingga satu ketika, doc kata dia terpaksa diantar ke Hospital Kuala Pilah utk rawatan selanjutnyer sbb darah dlm badan agak kurang. 

Setelah di transfer di sana, arwah abah berada di sana selama 2 mlm dan akhirnyer di transferkan balik ke Hospital Jempol apabila dia agak stable. Setelah balik ke Hospital Jempol, disitu lah bermula nyer 'keuzurannyer yg teramat sgt'. Dia dah mula tak nak mkn sehingga satu ketika tu terkene 'hypo' dan juga dia mula berdiamkan diri. Bila kita tanyer, dia cuma sekadar geleng pala atau menganggukkan nyer. Aku tgk arwah abah masa tu, mmg nampak dia sakit sgt. Masa tu dia masih terasa sesak nafas walaupun dpt dicontrol dgn antibiotics melalu drip. 

Setelah berminggu di sana, hubby menerima call dari sil yg mengatakan arwah abah terpaksa dipindahkan terus ke Hospital Kuala Pilah CCU sbb antibiotics yg sedang digunakan nie tak dpt mematikan virus yg berada di dlm badannyer dan virus tersebut telah pon memasuki dlm darah. Sampai sahaja di Hospital Kuala Pilah, setelah undergo a few test, doc kata paru2 arwah abah dah totally rosak kerasa kidneynyer jugak tidak berfungsi dgn baik dan air dlm badan dah terlalu byk hingga menyebabkan paru2 menjadi basah dan rosak. Doc terpaksa flush out the fluid. Due to the excess water tu jgk, carbon dioxide dlm badannyer also was also too high. Ketika itu lah arwah abah terus tak membuka mata nyer walaupon tgnnyer bergerak2 seperti mencari org utk memegang tgn nyer. Kesian aku tgk arwah abah ketika itu. Lepas beberapa hari, dia ditransferkan pula di ICU.

Masa tu pon, doc telah pon menelefon semua ahli keluarga utk discuss utk rawatan selanjutnyer iaitu menebuk di area kerongkong utk memasukkan oxygen di situ sbb arwah abah dah terpaksa memerlukan full oxygen support. Cos he wont be able to breathe as usual. Tapi hubby tak nak sbbnyer dgn tebok dan masukkan tube oxygen terus ke paru, dia akan berada dlm coma. Dan sekiranyer CPR diperlukan, chances that his ribs to be broken is very high kerana usia nyer. Tu yg buat hubby tak nak buat tebok tu. Yerlah dia dah tentu2 sakit, takkan kita nak menambahkan sakitnyer lagi kan... Kita redha sepenuhnyer pada Allah taala. Sbb even kalau kita nak kasi dia air n remove the oxygen mask tu, dia dah mcm tercungap2 tak dpt bernafas. Memang kuat betol mesen oxygen tu. Setelah bertahan berminggu2 dlm separuh sadar, arwah abah menghembuskan nafasnyer yg terakhir pd hari Rabu 27th March pd jam 4.45 petang. 

Hari selasa sebelomnyer tu hubby ader lah pegi tgk dia kat spital. Masa tu aku tak ikot lah sbb dgn bdk kecik nie, nanti meragam jer kat sana. His condition at that time memang mcm hari2 yg sebelomnyer. Takder beza. Even pada kul 3 ptg on the same day tu, anak buah hubby ader gi visit dia kat ICU. Memang masa tu pon conditionnyer sama ajer dia kata. Tapi Ajal Maut di tgn Allah dan takder sesiapa yg tau bila. Pukul 4.40ptg, sil ader kol aku utk kasitau yg arwah abah dah nazak sbb tak dpt get thru hubby dan masa tu hubby dah on the way to work. Aku pon kelam kabut lah call hubby dan akhirnyer dpt jgk. Bila aku letak jer phone, sil call lagi kasitau yg yg arwah abah dah takder. Begitu cepat dia pergi. Aku terus dgn tgn masih menggigil2, kol hubby balik dan suruh dia drive straight to Kuala Pilah.

Arwah abah dikebumikan pd hari yg sama pukul 9.30mlm di Perkuburan Semenyih bersama2 arwah mak yg meninggal dunia bulan May tahun lepas dan juga arwah kakak ipar yg sulung yg meninggal dunia bulan january tahun lepas jugak. 

Masih terngiang2 kata2 arwah abah masa last dia stay umah aku. Time tu hubby dah nak antar dia gi umah sil kat Serting sbb ader follow up checkup. 

AKU: Abah, Shidah mintak ampun dan maaf yer kalau ader yg kurang masa abah dok sini. Lauk2 yg tak sedap Shidah masak dan mungkin perhatian yg kurang yg Shidah beri. Shidah mintak maaf byk2 yer abah...

ABAH: Takder lah Shidah. Shidah dah buat yg terbaik buat abah dan abah takder simpan rasa aper2 pon. Shidah anak menantu abah yg baik sbb nak jaga abah. Abah yg susahkan Shidah kat sini. (sambil tu dia dah nangis ajer)

AKU: Nanti insyaallah, lepas abis check up, abah dtg sini lagi lah yer. Boleh duduk sini.. lama2 pon tak per sbb Shidah tak kisah pon. Makan Shidah, makan lah abah jugak yer. Nie Shidah tak dpt antar abah gi umah Uda sbb Shidah ngah demam flu. Bisa satu badan nie. Nanti Hadi (suami) ajer yg antar abah yer. Abah tak mo nangis2 lah k. Nanti boleh dtg sini lagi.

ABAH: Ntah lah Shidah. Ntah sempat ke tidak abah utk dtg sini lagi.......

AKU: Insyaallah panjang umur sempat lah nanti yer bah. (sambil aku salam dan cium tgnnyer)


Itulah kali terakhir dia duduk umah aku. Sayu hati aku masa tu. 


Allah lebih menyayangi diri nyer dan arwah abah pon dah lama menanggung sakit. Umur abah 75 tahun......


Sedih kan... aku yg menempuh lagi lah sedih. Lagi2 sedih betol masa tgk dia kat spital. Memang selama 43 hari abah kat spital, kita asyik berulang alik. Dan hubby asik amik emergency leave sbb nak tgk keadaan dia ataupun sbb doc yg panggil utk discuss certain things. Kini semuanyer telah berakhir, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah abah ku dan dimasukkan kedlm golongan org2 yg beriman. Aamiin........



0 comments: